dah banyak tulisan ke bawah.. kita tulis naik ke atas balik la.. nanti orang xperasan plak yang kita update maklumat hampir setiap hari kan?? hihihiiii...
oktober 2016... sekejap jea masa berlalu...
mmmm..hari ni 5/10/2016 (rabu) saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Syafiq, Azmi dan Syidah kerana memenangi Anugerah Emas Hari Inovasi KKMT 2016. Tidak dilupakan juga Fara, Putera, Syed, Ary dan Amir yang turut membantu dalam pembuatan Rak Serbaguna yang dibuat dari bahan terbuang seperti palet dan tong. Terima kasih tak terhingga juga kepada Cik Assila dan Cik Akma yang membimbing pembuatan rak berkenaan sehingga berjaya digunakan. korang semua memang ohsem dan hebat...thumb-up untuk anda semua...
September 2016.. dah masuk bulan 9... hari ni 20 september 2016.. set meja bulat hampir siap.. jom layan gambar2 diorang jap...
ada yang nak belajar buat?? jangan segan silu bertanya yea..
ok..kila tengok hasil akhir diorang yea..
Ogos 2016
ASSALAMMUALAIKUM,
Sesi Julai 2016, saya mendapat peluang untuk mengajar kelas SAL 2, ada beberapa perkara saya temui.. jom.. nak dengar cerita... saya memang tak sabar nak bercerita pasal pelajar-pelajar @ anak-anak baru ku... memang istimewa nya mereka ini hanya Allah sahaja yang tahu. Walaupun baru 2 minggu mengenali mereka..tapi memang terasa nak share sangat-sangat dengan semua.. bagi yang normal seperti saya dan lain-lain sewajar belajar daripada mereka dan mungkin akan jadi hamba Allah yang lebih bersyukur..
pada usia 17 tahun, 18 tahun apa agak2nya kita sedang lakukan?? kalau saya ni belajar dan mungkin sambung belajar ke tingkatan 6. kerja?? memang xpernah kerja seawal usia ni.. mendapat tegahan daripada arwah abah sementara menunggu spm. jujur ada hikmahnya..mungkin saya takkan berada disini hari ini. Namun, bagi beberapa orang pelajar SAL2 pada usia ini mereka dah macam2 buat kerja. terutama syafiq la. kalau hari ni, pada usia 17 tahun, Syafiq tau kerja2 seperti:
1. Mengikat bata / kerja-kerja bata, plaster / pecah bata.
2. mesin rumput, meracun dan selenggara kawasan landskap.
3. memanjat pokok kelapa.
ada seorang lagi, syed fitri, beliau pulak pernah bekerja di sebuah bengkel membuat batu nisan. Amir pulak sedang mengambil upah memotong rumput di kebun orang, Ary pun pandai memotong rumput. Dan Azmi ni plak cerita dia biasa bantu ayah beliau ke ladang kelapa sawit membaja kawasan kelapa sawit, mesin rumput , dan meracun. Dan lagi ketika proses pembelajaran di sini sedang berlangsung Syafiq bekerja selepas waktu pnp berlangsung. Gigihnya anak-anak istimewa ini. Mampukah kita mengharungi hidup seperti mereka ini??
tapi itu lah, ketika dalam kelas pnp bila dalam kelas teori, memang tak senang duduk la terutama syafiq... rasa macam lambat nya masa bergerak agaknya. tapi bila kerja-kerja amali perlu dilakukan, rasanya kalah kita ni nak lawan buat kerja dengan dia. laju dan penuh bersemangat. mmmm.. memang sangat seronok mengajar pelajar-pelajar ni. Baru 2 minggu mengajar mereka, harap banyak lagi saya dapat bantu mereka menjadi orang yang lebih baik. Saya perlukan doa semua yea. So, untuk yang berminat untuk dapatkan khidmat kerja seperti yang tersenarai boleh la hubungi saya yea.. penyelenggaraan landskap kejur dan landskap lembut juga merupakan bakal pnp yang mereka akan lakukan.
selain daripada itu, dalam tempoh terdekat ini, kami akan membina 5 set meja bulat Simen Ferro dan akan dijual..so, bagi yang berminat untuk membantu pelajar-pelajar ini boleh juga menghubungi saya yea.
mmm..hari ni 2/8/2016, kami dah berjaya menyiapkan 17 refleksologi stepping stone bersaiz 1'x1' dan 2 keping refleksologi stepping stone 2'x1' dan 2 keping stepping stone mozek finished. penat sangat. terlebih bancuhan mortar yang dibuat..seronok sangat membancuh simen sehingga tak sedar menyebabkan kelas terpaksa dibawa sehingga ke pukul 3.00 petang.. kalau tanya saya yang berpuasa memang tak sedar jam pukul berapa..hmmm..kesian semua, risau mortar keras terpaksa la berkejar siapkan refleksologi stepping stone ni.. huhuuuhuuu... ada ke berminat membeli produk keluaran pertama kami ni?? harga murah..kalau kat luar yang bersaiz 1'x1' dalam RM12.00, kami menjual dengan harga istimewa..RM7.00. if ada yang berminat..no saya seperti di bawah yea. hihii... esok akan diupload hasil kerja hari ni. nantikan yea...
![]() |
| antara hasil kerja 2/8/2016 |
![]() |
| kawalan perosak organik |
![]() |
| baja organik (EM) |
1) 100% bahan Organik
2) Mampu Merawat tanah
3) Kawalan bau busuk
4) Meningkatkan hasil tanaman
5) meningkatkan hasil ternakan
6) Semburan tanaman - memperbaiki keadaan tanaman.
cara penggunaan EM ini ialah :
tiga (3) penutup KOF dicampurkan dengan satu liter air. ia boleh disembur ke atas helaian daun dan membuat siraman ke atas tanah. InsyaAllah pokok yang kurang sihat akan lebih sihat dan lebih gemuk selepas menggunakan baja berkenaan.
4/8/2016 - gambar2 hasil kerja pelajar-pelajar SAL2.. mmmm.. hebat kan mereka semuanya..
![]() |
| RM7.00 untuk refleksologi stepping stone saiz kecil |
![]() |
| RM14.00 untuk refleksologi stepping stone saiz besar ni |
![]() |
| "crazy tiles"stepping stone. |
hari ni 16/08/2016...hasil kerja mereka sepanjang minggu lepas...di kumpul dan di pamerkan untuk jualan sepanjang ogos di lobi KKMT.. dah ada beberapa orang pembeli.puan najdiah dan en irwan. terima kasih diatas support yang diberikan..dan semoga ilmu yang diberikan kepada semua pelajar ini dapat dimanfaatkan... dan tidak dilupakan terima kasih kepada en aizal, pn raudhah dan puan susie yang sudah membuat tempahan...
hasil pdp 22 ogos 2016..hari ni kemasan akhir berjaya dihabiskan..bagi yang menempah dah boleh datang ambik berdikit2 yea.. insyaAllah minggu ni akan di usahakan semua akan dapat refleksologi yang ditempah..
![]() |
| pelajar sedang menyiapkan kemasan akhir hasil kerja semalam. |
![]() |
| refleksologi..4 keping saiz 1x2, 6 keping saiz 1x1. |
![]() |
| crazy tiles..9 keping saiz 1x1, 1 keping saiz 1x2 |
saya : HASNURUL NAZIMAH HASHIM
apa pendapat pembaca tentang apa yang saya tulis utk kali ni. pls respon supaya saya tau yang anda prihatin.
wassalam...
ASSALAMMUALAIKUM...
Pengambilan kedua Sijil Asas Landskap telah dilaksanakan pada Mac 2016. sebelum sesi dimulakan Unit Pengambilan dan aku dibantu dengan puan akma dan en imran, Ujian Saringan untuk pengambilan pelajar Sijil Asas Landskap untuk batch kedua telah dilakukan.
![]() |
| terima kasih kepada semua guru sekolah-sekolah integrasi seluruh Melaka kerana memberi kerjasama yang sangat baik dengan membawa pelajar-pelajar ke KKMT untuk ujian saringan berkenaan. |
Pengambilan pelajar Sesi Mac 2016 kali ini telah menerima 9 orang pelajar yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan 2 orang perempuan iaitu :
1. SYAFIQ BIN MOHAMMAD KHAIRUL ANUAR
2. AMIR RIDZMAN BIN ABDUL RAZAK
3. ARY WIRANTO BIN SUPRIANTO
4. MUHAMAD KHAIRUL AZMI BIN JAILANI
5. RASYIDAH BINTI ZULKIFLI
6. PUTERA MUHAMMAD HASNAL IRFAN BIN AFFENDI UTHRAPATHE
7. NUR FARAHANIM BINTI ZULKIFLI AMIN
8. SYED FITRI BIN SYED AHMAD RIDHAUDDIN
9. NUR LUQMAN HAKIMI BIN MOHD RAZIF
Mulai Mac 2016, 9 orang pelajar ini menambah seri Unit Landskap, Kolej Komuniti Masjid Tanah ini.. Jom kongsi video mereka sepanjang sesi mac 2016 yang telah mereka hasilkan untuk tatapan senior yang bakal meninggalkan KKMT. Jom kita saksikan...






















SAL 1 is the best :)
ReplyDelete