![]() |
| Kawalan perosak organik yang dihasilkan oleh pelajar SAL 2016 |
KAWALAN PEROSAK ORGANIK
BAHAN-BAHAN
500g Cili Padi
1 labu Bawang Putih
1 paket kecil Ajinomoto
3 sudu pencuci Serbuk Pencuci
10 liter Air
Daun Neem / Semambu / Azadiracta indica
CARA PEMBUATAN
1. Kisar Cili dan bawang Putih dengan 1 Liter Air.
2. Campurkan dan gaulkan Ajinomoto dan Serbuk Pencuci
3. Masukkan dalam tong dan campurkan dengan 10 liter air
4. Masukkan daun Neem dan Rendam semalaman
5. Tapis dan botolkan. Tambah molases dengan nisbah 1:10 untuk kegunaan jangka panjang.
Kawalan Perosak Organik ini BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAJA kerana daun neem kaya dengan 'potash' dan ' phosphorus'. Ramuan ini juga boleh dipegang dengan tangan (jangan diminum).
nota berkaitan Neem:
1. Minyak daun Neem menghindar dari gigitan nyamuk,
2. Boleh menghindar dan membunuh lebih dari 500 jenis serangga, kutu, nematodes. (sekiranya serangga memakan racun serangga dari neem ianya tidak membunuh serangga itu sebaliknya akan merosakkan generasi (kepompong) serangga berkenaan)
3. Berbanding dengan racun kimia, Neem selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan.
4. Daun neem boleh digunakan untuk menghapuskan kutu rambut manusia dan haiwan spt kucing
5.Asap daripada pembakaran daun neem boleh membunuh serangga.
![]() |
| King of Organik Fertilizer (EM) yang dihasilkan oleh pelajar SAL 2016 |
KING OF ORGANIK FERTILIZER (Effective Microorganisma- EM)
BAHAN-BAHAN EM-1
3 Liter Air Beras
2 Botol Yakult
2 Liter Susu Segar
2 Liter Gula Merah (molases)
ALATAN YANG DIPERLUKAN
Tong Pengeraman untuk 10 liter
CARA PEMBUATAN
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam tong pengeraman.
2. Kacau sehingga sebati.
3. Tutup ketat dan simpan dalam susu bilik dan jauhkan dari pancaran terus cahaya matahari
4. Buka setiap 3 hari penutup untuk membuang gas yang terhasil.
5. selepas 2 minggu akan terhasil EM (pati) jika berbau masam-masam manis dan tidak berulat.
nota: jika menghasilkan bau busuk bermakna EM berkenaan tidak menjadi.
faedah EM;
* Pertanian - kesuburan tanah, ketahanan tanaman, kawal penyakit bawaan tanah.
* Ternakan - makanan tambahan kepada ternakan, mengurangkan bau
* Alam Sekitar - meningkatkan kualiti sumber air semulajadi, merawat tangki septik
* Kegunaan Seharian - mencuci sayuran, mencuci tandas, mengawal pembiakan jentik2, mereputkan bahan sisa dapur.
* Bahan aktif untuk penghasilan Baja organik
jom kita tonton


No comments:
Post a Comment