Mulai mac 2015, Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) telah menerima pengambilan pelajar pertama pelajar khas untuk Sijil Asas Landskap. Pengambilan pertama ini, KKMT telah menerima 4 orang pelajar yang terdiri daripada :
1) Muhamad Hafiz Bin Hasan Basri
2) Nor Afizah Binti Omar
3) Nor Faridah Binti Daud
4) Nur Iman Bin Ali
Jujur, luhur dari hati ini, pelajar-pelajar ini sangat istimewa. Cinta, kasih dan sayang yang ada dalam hati ini terhadap mereka memang tak mampu diluahkan. Memang diri ini hanya seorang pensyarah bagi mereka, tapi bagi aku, anak-anak istimewa ini seperti anak-anak ku sendiri. Kini setelah setahun mereka di KKMT, dan hanya ada beberapa bulan lagi mereka akan ada dihadapan mata, rasa kerinduan sudah terasa. Untuk Nur Iman yang akan menjalankan Latihan Industri di Johor, Muhammad Hafiz di Juara Nurseri, Lendu, Melaka, doa ku bawakan semoga perjalanan kalian dipermudahkan. Untuk Afizah dan Faridah, andai ada daya ini untuk membantu dan menjadikan kalian insan paling berjaya akan saya lakukan. Afizah dan Faridah, jangan berhenti berjuang ya. Semoga Latihan Industri nanti, kalian berdua juga dipermudahkan dan diberi rezeki yang berlimpah-ruah.
pada sesi mac 2015, pelajar sijil asas landskap telah belajar tentang nurseri landskap. Belajar dari membuat tanah semaian, pembiakan tanaman dan pemasuan semula. Mereka memang sangat rajin. Hafiz dan Iman, apa yang kita katakan insyaAllah mereka ingat dan akan segera menjawab bila diajukan soalan berkaitan apa yang diajar. Faridah dan Afizah pulak, jika nak mereka menjawab, memang kena panggil nama dan tanya. memang selalu tidak dapat menjawab, tapi faridah tidak pernah berhenti berusaha, nampak rupa memerah kepala mengingat apa jawapan untuk pnp yang ditanya.
![]() |
| Hafiz sedang memasukkan tanah semaian kedalam polibeg. |
sesi Julai 2015, mereka belajar penyelenggaraan landskap lembut. alhamdulillah, nurseri kolej kelihatan lebih tersusun dan terjaga.
sesi november 2015, mereka tidak bersama aku tapi bersama puan akma dan en imran belajar pembinaan landskap kejur. belajar membuat stepping stone pelbagai kaedah dan jenis. time ni aku bercuti berpantang kepada M.Atiff. di bawah antara gambar2 sepanjang sesi ini. (Update dari group whatsapp Unit).
sesi Mac 2016
Sesi akhir di KKMT, semester ini aku bersama-sama En Hasan mengajar kelas Penyelenggaraan Landskap Kejur. Setelah 1 semester tidak bersama-sama mereka, kerinduan yang tidak mampu diucapkan. Seronok dapat kembali mengajar pelajar-pelajar ini. Tidak lagi perlu bersusah hati jika ada pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas, kerana mereka pasti akan datang kelas kecuali ada masalah kesihatan. Biasanya kalau pensyarah perlu menunggu pun tak lama. Mereka memang sentiasa awal datang ke kelas. Kehadiran memang tiada masalah.
Pada 14 mei 2016, Iman dan Hafiz telah membuat jualan pada program CC4C di mana Prof Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang datang ke KKMT. Alhamdulillah beberapa pokok Anggur, pokok kesum, pokok kunyit, pokok rose jepun dan banyak lagi terjual. ketika program berkenaan HP aku hilang, walaupun bersedih dengan keadaan tersebut namun wajah kegirangan Iman dan Hafiz telah menghilangkan segala kesusahan. Semoga Hafiz dan Iman tidak akan berhenti berusaha ya. Mana tau, selepas ni Iman dan Hafiz ada nurseri sendiri.
Sebelum meninggalkan KKMT di Semester yang ke-4, Iman, Hafiz, Afizah dan Faridah meninggalkan buah tangan sebagai tanda kenangan dari mereka untuk semua. Jom kita layan video di bawah:
.
alamat kami di sini... https://youtu.be/_7rGMXgLT5g
.
ok.. setakat ini sahajalah nukilan untuk tatapan semua.
Andai ada yang berminat untuk menghantar anak-anak khas dalam katagori Learning Disability (LD) boleh menghubungi kami di alamat :
Kolej Komuniti Masjid Tanah,
Paya Rumput 78300 Masjid Tanah,
Melaka
(No Tel : 06-3843703)









Terbaikkkkk!
ReplyDeleteTERIMA KASIH...
Delete